Empat rentung termasuk dua kanak-kanak rumah agam terbakar

Agensi
November 21, 2018 09:23 MYT
Empat maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah rumah agam terbakar berhampiran kejiranan golongan atas berhampiran pantai New Jersey.
Difahamkan kebakaran pada Selasa itu berlaku secara disengajakan tetapi siasatan masih dijalankan.
Tiga mayat yang terbakar ditemui di dalam rumah agam di Colts Neck, dan mayat lelaki ditemui di luar, kata Pendakwa Raya Monmouth County Christopher Gramiccioni pada sidang akhbar.
Pegawai tidak mengeluarkan apa-apa identiti dan pihak forensik giat melakukan siasatan ke atas mayat mangsa," kata Gramiccioni.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 petang.
Video yang dirakam juga menunjukkan anggota bomba giat memadam kebakaran dengan kepulan asap keluar dari bumbung rumah dua tingkat yang dikelilingi ladang dan kolam renang yang besar.
Berdasarkan maklumat awam, rumah agam yang terbakar itu dimiliki oleh Keith Caneiro, 50 tahun dan Jennifer Caneiro, 45 tahun.
#bomba #Christopher Gramiccioni #Colts Neck #Kanak-kanak #mangsa #maut #rentung #siasatan #video
;