Empat pensyarah dari kolej AS cedera ditikam di China

Bernama
Jun 11, 2024 17:34 MYT
Cornell College yang terletak di negeri Iowa, AS mengesahkan kejadian di bandar Jilin itu. - Gambar hiasan
BEIJING: Empat pensyarah jemputan dari sebuah kolej Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di timur laut China pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Cornell College yang terletak di negeri Iowa, AS mengesahkan kejadian di bandar Jilin itu.
Menurut Cornell College, ketika kejadian, empat pensyarahnya yang berada di China sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan sebuah universiti di China sedang melawat taman itu.
"Kami telah berhubung dengan keempat-empat pensyarah berkenaan dan sedang membantu mereka pada waktu ini," kata Presiden Cornell College, Jonathan Brand.
Beliau berkata tiada pelajar yang mengambil bahagian dalam program itu.

My team and I are closely following reports that personnel from Cornell College in Mt. Vernon were stabbed in China. We are in touch with the college and the State Department, and stand ready to further assist these Iowans. Praying for a speedy recovery for all.

— Joni Ernst (@SenJoniErnst) June 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Jabatan Negara AS telah dimaklumkan dan sedang "memantau situasi", kata seorang jurucakap atas permintaan.
-- BERNAMA
#pensyarah jemputan #China #Amerika Syarikat #pensyarah ditikam
;