Empat pembantu kanan Boris Johnson letak jawatan
Astro Awani
Februari 4, 2022 09:42 MYT
Februari 4, 2022 09:42 MYT
EMPAT pembantu kanan Perdana Menteri Britain Boris Johnson meletak jawatan dalam tempoh 24 jam pada Khamis.
Pengunduran mereka dipercayai akibat tekanan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Johnson, dari pemimpin partinya sendiri, Parti Konservatif.
Peletakan jawatan melibatkan Ketua Turus Dan Rosenfield, Ketua Setiausaha Sulit Martin Reynolds, Pengarah Komunikasi Jack Doyle dan Ketua Polisi Munira Mirza.
Difahamkan, ketika ini 17 Ahli Parlimen dari Parti Konservatif sudah mengemukakan surat hilang kepercayaan terhadap Johnson.
Sejumlah 54 surat diperlukan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen.
Sebahagian besar apa yang terjadi adalah berpunca dari insiden penganjuran majlis keraian di kediaman rasmi Johnson di Downing Street, ketika tempoh sekatan COVID-19.
Polis Metropolitan melancarkan siasatan ke atas 12 parti yang diadakan dan laporan penuh dijangka didedahkan dalam masa terdekat.