Empat maut nahas bas di Rusia, pemandu terlelap dipercayai punca
Agensi
Disember 26, 2020 10:37 MYT
Disember 26, 2020 10:37 MYT
RYAZAN: Sebuah bas persiaran di barat Rusia hilang kawalan mengakibatkan empat terbunuh manakala 11 lagi cedera.
Bas berkenaan yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Volgograd, tergelincir dan terbabas ke tebing.
Kemalangan berlaku di wilayah Ryazan kira-kira 250 kilometer dari selatan Moscow.
Mereka yang maut termasuk pemandu bas.
Sebelas yang cedera termasuk kanak-kanak dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Siasatan awal polis mendapati pemandu mungkin hilang kawalan kerana terlelap.