Empat maut, lebih 80 penunjuk perasaan cedera di Sudan

Astro Awani
Oktober 26, 2021 22:10 MYT
Orang ramai membakar tayar sehari selepas pihak tentera melancarkan rampasan kuasa di Khartoum. - Foto AP/Marwan Ali
BERRY: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala lebih 80 yang lain cedera dalam protes yang dianjurkan di Khartoum, Sudan.
Demonstrasi besar-besaran tercetus selepas tentera negara itu melancarkan rampasan kuasa daripada kepimpinan kerajaan peralihan yang diketuai Abdalla Hamdok.
Ribuan rakyat Sudan sebelum ini membanjiri jalan di Khartoum dan bandar-bandar lain di negara itu sebagai tanda protes.
Ia selepas pasukan tentera menahan pemangku Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan menganggu akses internet serta menutup jambatan di Khartoum.
Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdul Fattah Al-Burhan berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihaknya terpaksa campur tangan.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dilaporkan akan membincangkan situasi tersebut dalam satu mesyuarat tertutup.
#protes #maut #rampasan kuasa #tentera