Empat maut, dua banduan dipenggal dalam rusuhan penjara Brazil
AFP
Ogos 25, 2014 10:45 MYT
Ogos 25, 2014 10:45 MYT
Rusuhan yang berlaku di sebuah penjara di Brazil mengakibatkan empat banduan dibunuh di mana dua daripadanya dipenggal, manakala dua pengawal pula djadikan tebusan, menurut satu kenyataan pada Ahad.
Pemberontakan berlaku di penjara negeri Cascavel di bandar Parana yang menempatkan 1,140 banduan, menurut jurucakap kehakiman negeri Elson Faxina.
"Sekumpulan banduan menjadikan enam rakan sebagai tebusan; mereka bunuh empat dan mencederakan dua. Mereka juga ambil dua pengawal sebagai tebusan,” katanya.
"Tuntutan mereka adalah dari segi kemudahan; ini bangunan lama dan mereka mahu makanan dibawa masuk."
Faxina berkata 60 peratus kawasan penjara itu dikuasai banduan yang merusuh dan tiada rundingan sehingga Isnin.
Pegawai penjara negeri berkata banduan melancarkan desakan ganas untuk mendapatkan makanan lebih baik dan kemudahan lebih bersih.
Brazil kini mempunyai lebih setengah juta banduan dan berdepan kesesakan melampau. Ia masih kekurangan 200,000 lokap, menurut NGO Conectas yang menguruskan hal melibatkan hak asasi banduan.