Empat maut dalam rempuhan kempen pilihan raya di Nigeria

Astro Awani
Februari 14, 2019 09:40 MYT
Penyokong Atiku Abubakar pada satu perhimpunan kempen pilihan raya di Port Harcourt, Nigeria, 11 Feb, 2019. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya empat maut dalam satu kejadian perhimpunan pilihan raya di selatan bandar Port Harcourt, Nigeria.
Perhimpunan parti pemerintah All Progressives Congress (APC) pimpinan Muhammadu Buhari itu berlangsung di Stadium Adokiye Amiesimaka di Rivers pada Selasa.
Rivers dilihat sebagai salah satu lokasi yang berpotensi menjadi kawasan panas dan tumpuan keganasan.
Pada Rabu, Muhammadu Buhari dan pencabarnya, bekas naib presiden Atiku Abubakar dari People's Democratic Party, memperbaharui ikrar keamanan menjelang pilihan raya pada Sabtu.
Beberapa pemerhati politik terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan, termasuk penipuan pilihan raya.
#keganasan #Muhammadu Buhari #Nigeria #perhimpunan #pilihan raya #presiden
;