Empat maut dalam nahas babitkan 53 kenderaan di Wilayah Yunnan, China

Bernama
Februari 5, 2018 18:59 MYT
Lebuh raya itu ditutup kepada lalu lintas buat sementara waktu, menyebabkan lebih 80 orang terkandas. Foto Twitter PDChina
Empat maut dalam satu nahas bertindan-tindih membabitkan 53 kenderaan di sebuah lebuh raya di Wilayah Yunnan, yang terletak di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua.
Polis trafik daerah berkata nahas berlaku pada 6.10 pagi Isnin di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Kunming, ibu kota wilayah itu, dengan Chuxiong, juga di Yunnan.
Kesemua mangsa maut selepas terjatuh dari jambatan lebuh raya ketika cuba bergerak ke lorong lain.
Tiga orang cedera ringan dalam nahas itu.
Siasatan awal menunjukkan keadaan jalan yang berais merupakan antara penyebab nahas itu.
Lebuh raya itu ditutup kepada lalu lintas buat sementara waktu, menyebabkan lebih 80 orang terkandas.
-- BERNAMA
#cedera #China #kemalangan #Kunming #lebuh raya #maut #Nahas #polis #siasatan
;