Empat maut dalam kejadian amuk di California

Astro Awani
Februari 20, 2013 16:06 MYT
Empat orang maut dalam kejadian amuk terbaru di Amerika Syarikat.
Kali ini, kejadian berlaku di California.
Penyerang Ali Syed, kemudiannya menembak diri sendiri setelah menembak mangsa keempat iaitu seorang pekerja pembinaan.
Ali seorang penganggur membunuh mangsa pertama seorang wanita di kediamannya.
Dia kemudian memandu kereta keluarganya dan melarikan diri.
Dalam tempoh kurang sejam, dia menembak dua lagi mangsa selepas merampas kereta mereka.
Keganasan sebegini semakin meningkat di negara itu ketika pentadbiran presiden Barack Obama cuba mendapatkan persetujuan kongres bagi meluluskan undang-undang baru berkaitan kawalan senjata.
#California #Empat orang maut #kawalan senjata #tembakan
;