Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho, Amerika Syarikat

Bernama
Jun 20, 2023 08:02 MYT
Pegawai polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden menembak mati empat orang di Idaho.- Gambar hiasan
SAN FRANSISCO: Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho pada Isnin, lapor Xinhua.
Pusat panggilan Daerah Shoshone menerima panggilan kecemasan pada petang Ahad, mengenai insiden tembakan di sebuah kediaman di Kellogg, menurut kenyataan polis.
Pegawai polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.
Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku di unit kediaman di belakang Gereja Jemaah Mountain View pada Ahad.
Identiti mangsa dan suspek masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
#insiden tembakan #empat maut #Idaho #Amerika Syarikat