Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Bernama
Jun 19, 2024 10:55 MYT
Jun 19, 2024 10:55 MYT
TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat maut dan 120 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di daerah Kashmar wilayah Razavi Khorasan di timur Iran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita IRNA.
Gabenor Kashmar Hojjatollah Shariatmadari berkata, gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer (3.7 batu) berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
Dalam kejadian itu, dua rumah di daerah Kashmar dan perkampungan Zinde Jan rosak.
Mangsa yang cedera dirawat di lokasi kejadian, manakala sebahagian lagi dimasukkan ke hospital.
-- BERNAMA