Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Agensi
Jun 4, 2023 19:22 MYT
Jun 4, 2023 19:22 MYT
QUEBEC: Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
Memetik CNN, sekumpulan sebelas orang sedang memancing ikan caplin, dengan berjalan kaki di sepanjang tepi sungai apabila mereka dibawa air pasang.
Jurucakap polis wilayah Quebec memberitahu pihak polis menerima panggilan kecemasan pada jam 2 pagi semalam bergegas ke Portneuf-sur-Mer.
Enam daripada mereka diselamatkan, manakala lima lagi hilang ketika pencarian oleh pihak berkuasa, semalaman.
Pada jam 6 pagi, empat kanak-kanak berusia lebih 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital yang kemudian kematian mereka disahkan doktor.
Dalam pada itu, penyelam masih dalam usaha mencari manakala helikopter turut digunakan bagi mencari seorang lelaki berusia 30an yang masih hilang.