SACHEON: Empat juruterbang disahkan terbunuh dalam nahas pertembungan pesawat jet pejuang yang sedang melakukan latihan rutin di udara.

Menurut sumber media tempatan Korea Selatan, insiden itu berlaku pada jam 1.37 petang waktu tempatan pada Jumaat.

Lokasi nahas dilaporkan berada kira-kira enam kilometer ke selatan pangkalan udara KT-1 di tenggara bandar Sacheon.

Lebih 30 anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mengesan mangsa.

Tentera Udara Korea Selatan dalam kenyataan turut memberitahu siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Terdahulu, pihak berkuasa yang menerima laporan nahas mengaktifkan pencarian seorang juruterbang yang dikatakan hilang akibat nahas itu, sebelum mayatnya ditemui.