Empat gerabak kereta api penumpang tergelincir di Mesir, 11 maut

Astro Awani
April 18, 2021 07:20 MYT
Kren digunakan untuk mengangkat sebahagian kereta api penumpang yang tergelincir dari landasan dalam kejadian dekat Banha, wilayah Qalyubia, Mesir, 18 Apr, 2021. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 11 orang terbunuh selepas empat buah gerabak kereta api penumpang tergelincir berhampiran Kaherah, Mesir, pada Ahad.
Kenyataan daripada pihak berkuasa memaklumkan, kejadian berlaku ketika kereta api berkenaan melalui wilayah Qalyubia.
Video yang tular di media sosial menunjukkan gerabak terbalik dan penumpang melarikan diri ke tempat selamat.
Kereta api itu dalam perjalanan ke bandar Mansoura Delta Nil dari Mesir, menurut kenyataan itu.
Kementerian Kesihatan menyatakan, sekurang-kurangnya 98 penumpang lain cedera, dengan kebanyakan mereka mengalami patah tulang, luka dan lebam.
Sekurang-kurangnya 60 ambulans dihantar ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.
Setakat ini, punca kereta api itu tergelincir belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan.
#kemalangan #kereta api #landasan kereta api #tergelincir #Kementerian Kesihatan #Mesir #kereta api tergelincir #Qalyubia
;