Empat bulan ditutup, taman tema Ocean Park Hong Kong dibuka semula

Agensi
Jun 13, 2020 23:04 MYT
Ocean Park (gambar) dan Disneyland Hong Kong ditutup pada akhir Januari ketika pemerintah Hong Kong melaksanakan langkah kecemasan untuk mengawal penularan COVID-19. -Reuters
Taman tema, Ocean Park Hong Kong dibuka semula pada Sabtu selepas empat bulan ditutup akibat pandemik COVID-19.
Semua pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai penutup hidung dan mulut serta menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke taman tema tersebut.
Selain itu, pihak pengurusan turut menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk.
Untuk dua minggu berikutnya, kapasiti akan terhad kepada 9,000 pengunjung sehari.
Ocean Park dan Disneyland Hong Kong ditutup pada akhir Januari ketika pemerintah Hong Kong melaksanakan langkah kecemasan untuk mengawal penularan COVID-19.
Bagaimanapun, taman tema Disneyland Hong Kong belum mengumumkan tarikh untuk dibuka semula.
#COVID-19 #Disneyland Hong Kong #Hong Kong #Ocean Park #penutup hidung dan mulut #rosedur operasi standard #Taman Tema
;