Emmanuel Macron menang pilihan raya presiden Perancis

Agensi
Mei 7, 2017 07:25 MYT
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen. - REUTERS/Pascal Rossignol
Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron memenangi proses demokrasi, menewaskan calon haluan kanan dan anggota marin, Le Pen dalam pemilihan Pilihan Raya Presiden negara itu.
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.
Macron juga jadi presiden pertama bukan dari parti politik arus perdana.
Beliau mengakui wujud kemarahan, dan keraguan sebelum ini berhubung kemampuannya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Namun memberi jaminan akan mewujudkan semula penyatuan nasional dan pada masa sama pertahankan polisi pro Eropah.
Kemenangan Macron diraikan besar-besaran termasuk di kawasan tumpuan pelancong, Champs de Elyse.
#calon #Emmanuel Macron #Le Pen #pemilihan #pilihan raya #politik #presiden
;