Emmanuel Macron angkat sumpah jawatan Presiden Perancis

Agensi
Mei 14, 2017 19:31 MYT
Macron menjadi pemimpin paling muda mentadbir Perancis sejak era Napoleon, beliau berusia 39 tahun. - Foto Reuters/Francois Lenoir
Emmanuel Macron mengangkat sumpah jawatan presiden hari ini bagi menerajui Perancis selama lima tahun bagi penggal akan datang.
Majlis angkat sumpah berlangsung di Istana Elysee, kediaman rasmi presiden Perancis sejak tahun 1848.
Macron menggantikan Francois Hollade yang tamat tempoh penggal pemerintahan.
Beliau akan menamakan siapa Perdana Menteri Perancis pada Isnin manakala Kabinet pula akan dibentuk sehari kemudian.
Macron menjadi pemimpin paling muda mentadbir Perancis sejak era Napoleon, beliau berusia 39 tahun.
Sebelum ini, pada pilihan raya 7 Mei lepas, Macron menewaskan calon pilihan Marine Le Pen dengan 66 peratus undi untuk muncul sebagai Presiden Perancis selepas Hollande.
Beliau menerajui pergerakan La République En Marche yang hanya dibentuk tahun lepas.
Bagaimanapun, barisan calonnya akan mengisi kesemua 577 kerusi dalam pilihan raya Parlimen bulan depan.
#Emanuel Macron #Perdana Menteri #Presiden Perancis
;