Emir Kuwait, Sheikh Sabah meninggal dunia pada usia 91 tahun
Agensi
September 29, 2020 23:35 MYT
September 29, 2020 23:35 MYT
EMIR Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Sheikh Sabah Al-Ahmad dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun.
Memetik laporan antarabangsa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, Sheikh Ali Jarrah al-Sabah memaklumkan seluruh negara turut berduka dengan pemergian beliau.
Sheikh Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini.
Beliau sebelum ini ditahan di wad pada 18 Julai bagi pemeriksaan kesihatan selepas pembedahan dilakukan satu hari sebelum itu.
Ketika ini, Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan menggalas tugas sebagai Emir.
#Amerika Syarikat
#meninggal dunia
#Emir Kuwait
#Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah
#Pembedahan
#Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber
#Putera Mahkota Kuwait