Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Bernama
Jun 2, 2024 14:16 MYT
Jun 2, 2024 14:16 MYT
KUWAIT: Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah pada Sabtu mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengambil alih kepimpinan Kuwait pada Disember 2023.
Keputusan baginda untuk melantik putera mahkota dibuat kira-kira tiga minggu selepas beliau membubarkan Parlimen pada 10 Mei dan menggantung beberapa perkara dalam Perlembagaan.
Baginda menyifatkan langkah itu sebagai "keputusan sukar untuk menyelamatkan negara dan menjamin kepentingannya yang tinggi."
Beliau menambah bahawa negara sedang menghadapi "kesukaran dan halangan yang tidak dapat ditanggung," merujuk kepada perselisihan faham antara kerajaan dan parlimen, yang mengakibatkan peletakan jawatan kerajaan beberapa kali.
Putera Mahkota Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah dilahirkan pada 15 Mac 1953, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 19 Nov 2019 hingga 24 Julai 2022.
Bulan lepas, kerajaan baharu Kuwait yang diketuai oleh Ahmed Abdullah Al Ahmad Al Sabah dan terdiri daripada 13 menteri, mengangkat sumpah di hadapan Emir.
-- BERNAMA
#Emor Kuwait
#dekri pelantikan
#Putera Mahkota
#Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah
#Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah