Emerson Mnangagwa diisytiharkan pemenang pilihan raya Zimbabwe
Bernama
Ogos 27, 2023 10:45 MYT
Ogos 27, 2023 10:45 MYT
HARARE (Zimbabwe): Presiden Zimbabwe, Emerson Mnangagwa diumumkan sebagai pemenang untuk penggal lima tahun lagi setelah pemerhati mengecam pilihan raya negara tersebut yang disifatkan oleh Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) dicemari dengan penyelewengan.
Mnangagwa dari parti pemerintah Zanu PF memperoleh 52.6 peratus undi, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pesaingnya, Nelson Chamisa, dari Gabungan Rakyat untuk Perubahan (CCC), berada di tempat kedua, memenangi 44 peratus undi.
Zanu PF juga memenangi 136 kerusi dalam Dewan Rakyat. CCC memperoleh 73 kerusi, menafikan parti pemerintah daripada majoriti dua pertiga yang membolehkan Mnangagwa meminda Perlembagaan.
Pemilihan bagi kawasan Gutu West telah dibatalkan susulan kematian seorang calon sebelum pilihan raya.
- BERNAMA