Embargo senjata: Myanmar tolak resolusi UNGA

Astro Awani
Jun 20, 2021 09:15 MYT
Persatuan Bantuan Tawanan Politik Myanmar mendakwa sehingga kini 860 individu terkorban sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu. -REUTERS
NAYPYITAW: Kementerian Luar Myanmar menolak resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) berhubung sekatan penjualan senjata kepada negara itu.
Myanmar menyifatkan resolusi yang diluluskan pada Jumaat itu tidak sah kerana bersifat unilateral.
Bantahan dikemukakan menerusi satu kenyataan.
Myanmar mengakui mereka terbuka untuk menerima nasihat membina di peringkat antarabangsa.
Namun segala campur tangan dalam hal kedaulatan dan urusan dalaman Myanmar tidak boleh diterima.
Resolusi PBB mendapat sokongan 119 negara.
Sebanyak 36 negara bagaimanapun berkecuali, termasuk China, Rusia dan India.
Dalam masa sama, resolusi itu juga mendesak agar Myanmar membebaskan tahanan politik termasuk pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta menghentikan keganasan terhadap orang awam.
Persatuan Bantuan Tawanan Politik Myanmar mendakwa sehingga kini 860 individu terkorban sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu.
#Aung San Suu Kyi #PBB #Rusia #Perhimpunan Agung PBB #Kementerian Luar Myanmar #keganasan terhadap orang awam #Persatuan Bantuan Tawanan Politik Myanmar
;