Elon Musk saman pemegang akaun Twitter Elon Jet
Faida Rahim
Disember 15, 2022 14:00 MYT
Disember 15, 2022 14:00 MYT
NEW YORK: Jutawan dan pemilik Twitter, Elon Musk dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemegang akaun Twitter yang menjejak lokasi jet peribadinya dengan alasan akan merisikokan anaknya.
Memetik laporan BBC, akaun Twitter @ElonJet yang kini mempunyai lebih setengah juta pengikut mula digantung sejak semalam.
Difahamkan, pemegang akaun Jack Sweeney, 20, menciap lokasi jet setiap kali Musk berlepas dan mendarat manakala menggunakan maklumat pengesanan penerbangan tersedia.
"Malam tadi, kereta yang membawa (anaknya), X, di Los Angeles sambil diekori oleh pengintip gila (dia fikirkan itu saya) yang kemudiannya menghalang kereta daripada bergerak dan panjat ke bonet depan," ciapnya di Twitter.
Tambah Musk, mana-mana akaun yang mendedahkan lokasi semasa orang lain akan digantung kerana melanggar privasi sehingga boleh mengancam keselamatan fizikal.
Dalam pada itu, Sweeney menafikan hal itu mempunyai kaitan dengan akaun Twitternya.
Sweeney yang merupakan pelajar kolej di Florida berkongsi tangkap layar dengan CNN mengenai mesej dari Twitter yang melakukan 'semakan teliti' dan kemudian memutuskan untuk menyekat akaunnya kerana melanggar peraturan Twitter.
Terdahulu, Musk pernah mengambil tindakan mengenai akaun @ElonJet serta pernah menawarkan Sweeney AS$5,000 (RM22,032) untuk menutup akaun itu.
Sweeney memberitahu bahawa Musk kemudian memaklumkan bahawa ia bukan tindakan tepat untuk membayar supaya akaun itu ditutup.
Musk menulis di Twitter semalam, "Mana-mana maklumat lokasi semasa pengguna lain yang dipaparkan tanpa kebenaran, akaunnya akan digantung kerana kesalahan di bawah pelanggaran keselamatan fizikal. Ini termasuk menyiarkan pautan ke tapak dengan maklumat lokasi semasa nyata.
Dalam masa sama, pusat Bantuan Twitter menciap dasar media memaklumkan: “Anda tidak boleh menerbitkan atau menyiarkan maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran”