Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Amanz
April 16, 2024 09:45 MYT
April 16, 2024 09:45 MYT
DALAM usaha mengatasi masalah bot berbentuk spam, kini Elon Musk berkongsi idea di mana perkhidmatan sosial X mungkin mengenakan caj bayaran untuk pengguna berdaftar baharu, sebelum membolehkan mereka melakukan sebarang perkongsian.
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi kecerdasan buatan yang digunakan bot berbentuk spam untuk mengatasi halangan yang disediakan.
Mengikut idea awal, Elon Musk mengatakan perkara ini mungkin dihadkan kepada pengguna akaun baharu – dan mereka boleh lakukan perkongsian tanpa sebarang bayaran selepas akaun mereka mencapai tempoh usia 3 bulan.
Buat masa ini, langkah ini sekadar dikongsikan secara bersahaja oleh Elon Musk, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diimplementasikan sepenuhnya.