Elon Musk dedah pembelian Twitter AS$40 bilion ditangguh sementara waktu

Agensi
Mei 13, 2022 23:35 MYT
Elon Musk menggantung sementara perjanjiannya yang dinanti-nantikan untuk membeli Twitter, menyebabkan saham dalam gergasi media sosial itu jatuh. - Gambar fail/REUTERS
BILIONAIR Elon Musk menggantung sementara perjanjiannya yang dinanti-nantikan untuk membeli Twitter, menyebabkan saham dalam gergasi media sosial itu jatuh.
Beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, perjanjian Twitter ditangguhkan buat sementara menunggu butiran yang menyokong pengiraan bahawa akaun spam/palsu sememangnya mewakili kurang daripada lima peratus pengguna.
Saham syarikat media sosial itu jatuh 17.7 peratus kepada AS$37.10 dalam dagangan pra-pasaran, paras terendah mereka sejak Musk mendedahkan kepentingannya dalam syarikat itu pada awal april.
Musk, individu terkaya di dunia yang juga pengasas syarikat Tesla telah menjadikan pembasmian akaun spam dan bot sebagai salah satu daripada cadangan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion.
Apabila perjanjian itu diumumkan pada akhir April, dia berkata dia mahu menjadikan Twitter “lebih baik daripada sebelumnya” dengan “menewaskan bot spam dan mengesahkan semua manusia”.
Setakat ini, Twitter masih belum memberikan sebarang komen lanjut berkaitan kenyataan Musk.
#dolar AS #Twitter #media sosial #Elon Musk #Tesla #Space X
;