Elon Musk bina 'kapal selam' untuk mangsa gua Thailand

Hilal Azmi
Julai 8, 2018 10:21 MYT
Elon Musk memanfaatkan teknologi yang ada pada Tesla dan Space X bagi tujuan menyelamat di Thailand. - Foto Facebook/ Elon Musk News
KETUA Pegawai Eksekutif Tesla dan Space X, Elon Musk membawa harapan baru dalam usaha menyelamatkan pasukan skuad junior bola sepak Thailand yang terperangkap dalam gua akibat banjir.
Sebuah kapal selam mini akan dibina menggunakan bahagian-bahagian daripada teknologi angkasa lepas.
Menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter miliknya pada Sabtu, Elon Musk telah menerima maklumbalas daripada pengikutnya jika dapat dibina sebuah pod untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Fitted for a kid or small adult to minimize open air. Segmented compartments to place rocks or dive weights & adjust bouyancy.

— Elon Musk (@elonmusk) July 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Laluan utamanya kecil tetapi kapal selam yang bersaiz kecil ini boleh menggunakan konsep yang ada pada tiub pemindahan oksigen dalam roket Falcon sebagai penutupnya.
"Ia cukup besar untuk membawa dua penyelam serta kukuh dan kecil bagi melalui ruang sempit dalam gua berkenaan," katanya.

Got more great feedback from Thailand. Primary path is basically a tiny, kid-size submarine using the liquid oxygen transfer tube of Falcon rocket as hull. Light enough to be carried by 2 divers, small enough to get through narrow gaps. Extremely robust.

— Elon Musk (@elonmusk) July 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejak kumpulan remaja dan jurulatih mereka ditemui pada Khamis, Elon terus berusaha bersama juruteranya untuk tampil merealisasikan idea yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan menyelamatkan mereka.
Selepas pengumuman Elon Musk, laman Twitternya terus diasak dengan pelbagai persoalan termasuk berapa cepat ia boleh dihantar ke Thailand?
"Pembinaan selesai dalam masa lapan jam dan kemudian penerbangan mengambil masa 17 jam ke Thailand," katanya dalam satu balasan.

Construction complete in about 8 hours, then 17 hour flight to Thailand

— Elon Musk (@elonmusk) July 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Elon pada masa sama kagum dengan keupayaan serta keberanian mangsa untuk teruskan kehidupan biarpun terperangkap selama lebih seminggu.
"Saya kagum dengan keberanian, daya tahan serta ketabahan mangsa berkenaan dan juga pasukan penyelamat yang membuktikan keupayaan sebenar manusia," katanya lagi.

Continue to be amazed by the bravery, resilience & tenacity of kids & diving team in Thailand. Human character at its best.

— Elon Musk (@elonmusk) July 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir #bola sepak #Elon Musk #Kanak-kanak #mangsa #penerbangan #SpaceX #Tesla #Thailand