Elak mengantuk, pemandu lori diwajib rehat 30 minit

Agensi
Oktober 19, 2022 21:05 MYT
Pembantu diberi tugasan memberi taklimat kepada pemandu sebelum memulakan perjalanan serta memastikan pemandu dalam keadaan sihat dan bersedia. - Gambar hiasan/ Unsplash
SINGAPURA: Kerajaan Singapura mewajibkan syarikat pengangkutan membenarkan pemandu lori berehat selama 30 minit setiap enam jam dalam waktu bekerja.
Selain itu, pemandu lori juga perlu ditemani pembantu bagi meningkatkan tahap keselamatan berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Memetik laporan CNN Indonesia, pembantu diberi tugasan memberi taklimat kepada pemandu sebelum memulakan perjalanan serta memastikan pemandu dalam keadaan sihat dan bersedia.
Kementerian Tenaga Manusia Singapura juga bakal melaksanakan peraturan komprehensif mengenai sistem pengangkutan pekerja lebih selamat. Peraturan itu merangkumi cadangan bagaimana operator, pemandu, pembantu dan penumpang pengangkutan menambah baik tugas mereka.
Dalam masa sama, Menteri Pengangkutan Kanan, Amy Khor memaklumkan keselamatan pekerja adalah keutamaan yang perlu mendapat perhatian meluas.
Selain itu, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) juga akan mewajibkan semua lori dilengkapi dengan pelindung hujan.
#Singapura #pemandu lori #rehat 30 minit #pembantu pemandu
;