El Beblawi PM sementara Mesir

Astro Awani
Julai 9, 2013 23:31 MYT
Tokoh ekonomi Hazem El Beblawi dinamakan Perdana Menteri kerajaan sementara.
Pengumuman itu sekaligus menamatkan kebuntuan politik berhubung pelan peralihan selepas tentera menumbangkan bekas Presiden Mohamed Morsi.
Perkembangan ini menyusul pengumuman mengenai pilihan raya Presiden yang dijangkakan dalam tempoh enam bulan.
Hazem El Beblawi merupakan pengasas Parti Sosial Demokratik, yang merupakan salah sebuah parti dalam barisan penyelamat kebangsaan.
Perlantikan Hazem El Beblawi bagaimanapun dikecam penyokong Ikhwanul Muslimin.
Ia atas alasan kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa mengumumkan deklarasi perlembagaan mengenai pelantikan kabinet.
Sebelum ini, tokoh pembangkang Mohamed El Baradei, dinamakan Naib Presiden.
Dalam perkembangan berkaitan, rampasan kuasa oleh tentera Mesir mendapat sokongan beberapa negara teluk.
Sokongan diberikan dalam bentuk dana kewangan berjumlah $8 bilion.
Antara negara yang menyumbang dana bantuan ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi masing-masing berjumlah $3 dan $5 bilion.
#Mesir #PM