Ekstremisme bakal rencat pelan damai MILF

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Januari 31, 2015 21:01 MYT
Abdul Ghafar (tengah) berkata sekiranya usaha keganasan tidak dikekang maka usaha damai juga akan turut gagal kerana kegiatan keganasan dijadikan sebagai batu loncatan buat mereka. - Foto Bernama
Senario keganasan yang berlaku di Filipina ketika ini dilihat bertujuan untuk melengah-lengahkan usaha perdamaian yang sedang cuba dicapai negara itu dengan Barisan Pembebasan Islam Moro, (MILF).
Menurut fasilitator Malaysia, Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed, adalah penting untuk kedua-dua pihak mempersetujui pelan damai bagi menamatkan keganasan yang turut mengancam nyawa orang awam.
Abdul Ghafar berkata sekiranya usaha keganasan tidak dikekang maka usaha damai juga akan turut gagal kerana kegiatan keganasan dijadikan sebagai batu loncatan buat mereka.
Hasil proses perdamaian itu nanti akan membentuk sebuah kerajaan dan tanggungjawab besar bakal dipikul pihak terbabit dalam menterjemahkan hasil perdamaian itu.
Beliau ditemui selepas sidang media pembentangan hasil mesyuarat lanjutan rundingan damai selama dua hari antara kerajaan Filipina bersama MILF di Seri Kembangan, pada Sabtu.
#Abdul Ghafar Tengku Mohamed #Barisan Pembebasan Islam Moro #Filipina #MILF
;