Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam

Bernama
Mei 19, 2024 16:41 MYT
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya. - Freepik
SEOUL: Eksport mi segera Korea Selatan melepas AS$100 juta buat kali pertama pada bulan lepas berikutan kepopularan budaya dan makanan Korea yang semakin meningkat, menurut data yang dikeluarkan pada Ahad.
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya, meningkat dengan kadar yang pantas sejak Mei 2022, menurut Perkhidmatan Kastam Korea Selatan (KCS).
Ia menandakan buat julung kalinya angka bulanan itu melepas US$100 juta, lapor agensi berita Korea Selatan (Yonhap).
Eksport ramyeon meningkat secara tetap sejak 2015 dan dijangka mencecahkan angka tertinggi terbaharu pada tahun ini berikutan kepopularan filem, drama dan muzik Korea selain daripada peningkatan permintaan untuk produk makanan yang segera boleh dimakan dengan harga berpatutan di tengah-tengah inflasi yang tinggi.
Pada tahun lepas, eksport ramyeon mencapai rekod tertinggi AS$952 juta, melonjak 24.4 peratus dari 2022.
KCS menjangkakan eksport ramyeon melepasi AS$1 bilion tahun ini.
Samyang Foods Co. satu pengeluar mi segera utama Korea Selatan menyaksikan jualannya meningkat 57 peratus kepada 385.7 bilion won (US$284.5 juta) dalam suku pertama tahun ini.
Syarikat itu juga berkata perolehan dari pasaran luar negara, terutamanya melonjak 85 peratus terima kasih kepada kepopularan mi segera pedas diminati ramai Buldak Ramen dengan perisa "carbonara''.
Perolehan luar negara merupakan 75 peratus daripada jumlah jualan Samyang dalam suku pertama, menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
#mi segera #Korea Selatan #ramyeon #eksport
;