Ekonomi China berkembang pesat pada Oktober 2020 - Statistik Biro Kebangsaan
Astro Awani
November 16, 2020 14:28 MYT
November 16, 2020 14:28 MYT
EKONOMI China berkembang pesat pada Oktober 2020 susulan langkah pemulihan berterusan dilakukan republik itu, lapor Statistik Biro Kebangsaan (NBS) pada Isnin.
Ia menyaksikan pengeluaran negara itu meningkat dengan stabil, permintaan pulih, peluang pekerjaan meningkat, harga barangan stabil, jangkaan pasaran baik dan momentum pemulihan ekonomi yang stabil.
Pengeluaran perindustrian China juga meningkat dengan pesat di tengah-tengah kestabilan dan kadar pertumbuhan tinggi bagi pembuatan peralatan.
Pada masa sama, jumlah nilai tambah keseluruhan perusahan perindustrian meningkat 6.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ia menyaksikan peningkatan kira-kira 0.78 peratus sebulan.
Pada bulan sama, nilai tambah syarikat pegangan negeri meningkat 5.4 peratus, perusahan pegangan saham meningkat 6.9 peratus, perusahan yang dibiayai oleh pelabur asing atau pelabur dari Hong Kong, Macau dan Taiwan naik 7.0 peratus, dan perusahan swasta meningkat 8.2 peratus.
Dari segi sektor, nilai tambah perlombongan meningkat 3.5 peratus, sektor pembuatan meningkat 7.5 peratus dan sektor pengeluaran dan bekalan elektrik, tenaga, gas dan air meningkat sebanyak 4.0 peratus.
Pada masa sama, nilai tambah peralatan pembuatan meningkat sehingga 10.8 peratus.
Secara spesifiknya, ia menyaksikan peningkatan pengeluaran dalam tenaga automobil baharu (94.1 peratus), industri robotik (38.5 peratus) , peralatan perlombongan (30.2 peratus) , mikro komputer, 28.0, dan litar bersepadu (20.4 peratus).
China juga mencatatkan peningkatan jualan peruncitan kepada 4.3 peratus pada Oktober 2020, berbanding tahun lalu, iaitu peningkatan berterusan selama tiga bulan berturut-turut.
Ia meningkat sebanyak 3.3 peratus berbanding bulan September 2020.
Penganalisis ekonomi sebelum ini menjangkakan peningkatan sehingga 5.0 peratus dalam sektor berkenaan.
Pelaburan aset tetap meningkat kepada 1.8 peratus dalam tempoh 10 bulan tahun ini.
Dalam pada itu, kadar pengangguran di China menurun kepada 5.3 peratus pada Oktober 2020 berbanding 5.4 peratus pada bulan September.
Malah, China Berjaya mewujudkan 10.09 juta pekerjaan baharu dalam tempoh 10 bulan pertama 2020.
Angka itu sekali gus mencapai sasaran lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini.