Ekonomi Amerika Syarikat masih goyah
Astro Awani
April 7, 2013 07:28 MYT
April 7, 2013 07:28 MYT
Kadar pengangguran di Amerika Syarikat (AS) untuk Mac tahun ini dilaporkan jatuh dengan ketara apabila hanya 88,000 pekerjaan ditawarkan yang merupakan peratusan terendah dalam tempoh empat tahun.
Menurut data Jabatan Buruh AS, kadar pengangguran Mac jatuh kepada 7.6% sekaligus memberi gambaran ekonomi negara itu masih belum stabil sepenuhnya..
Bagaimanapun jabatan itu memberi alasan kejatuhan itu adalah disebabkan ramai dikalangan rakyat di negara itu berhenti mencari kerja,
“Laporan yang diterima adalah sangat mengecewakan kerana jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dilihat sangat terhad” dalam satu kenyataan syarikat berkenaan.
Perlantikan pada bulan Mac adalah kurang daripada purata 196,000 pekerjaan sebulan yang dicatat pada enam bulan lalu.
Jabatan tersebut telah melaksanakan lebih 450 pameran peluang pekerjaan dalam tempoh dua tahun dimana ianya telah membantu lebih 18,400 golongan veteran di seluruh negara itu.
Sementara itu, beberapa sektor memotong pengambilan kerja dengan ketara sejak bulan lalu.
Sektor peruncitan umpamanya mengurangkan 24,000 pekerjaan berbanding tiga bulan sebelumnya manakala sektor perkilangan pula memotong lebih 3,000 pekerjaan daripada penambahan 19,000 pada bulan sebelumnya.
Disebalik kadar pengangguran jatuh, kebanyakkan pakar berpendapat ekonomi AS mula mengukuh daripada Januari hingga Mac.
Pertumbuhan di dorong pemulihan menerusi sektor perumahan dan perbelanjaan pengguna.