Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Sinar Harian
Ogos 19, 2024 10:30 MYT
Ogos 19, 2024 10:30 MYT
PATTAYA: Seorang ejen insurans menempuh detik mencemaskan apabila diserang seorang lelaki gelandangan di Soi Phra Tamnak 5 di Pattaya baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 8 malam (waktu tempatan) 17 Ogos lalu, ejen insurans dikenali Thanapon, 30, dipukul di kepala secara tiba-tiba dengan sebatang kayu.
Semasa kejadian berlaku, Thanapon dalam perjalanan mengendalikan tuntutan kemalangan jalan raya yang tidak jauh dari tempat tersebut.
Mujurlah, semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul Thanapon.
"Dia menyerang saya tanpa sebarang sebab sedangkan saya hanya menjalankan tugas di kawasan tersebut,” kata Thanapon.
Ejen insurans itu kini menerima rawatan sebagai pesakit luar akibat kecederaan di kepalanya.
Pada masa sama, Thanapon berkata, serangan itu bukan disebabkan provokasi dan lelaki itu menyerangnya secara agresif tanpa sebab sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma. - Sinar Harian memetik agensi