Eiffel Tower catat ketinggian baharu selepas dipasang antena
Agensi
Mac 15, 2022 21:49 MYT
Mac 15, 2022 21:49 MYT
KUALA LUMPUR : Ukuran baharu bagi ketinggian Menara Eiffel di Paris, Perancis kini berada pada paras 330 meter atau 1,083 kaki selepas sebuah antena radio dipasang di atasnya.
Menara terkemuka dunia yang dibina sejak abad ke-19 itu menyaksikan ketinggian baharu selepas antena audio digital DAB+ dipasang di puncaknya dengan menggunakan sebuah helikopter pada Selasa, lapor Reuters.
Ketinggian bagi menara yang menjadi simbolik kota cinta itu sebelum ini adalah 324 meter.
Menelusuri sejarah, struktur keluli itu mula dibina pada 28 Januari 1887 oleh Gustave Eiffel iaitu pada 135 tahun yang lalu.
Ia secara rasmi disiapkan sepenuhnya pada 15 Mac 1889 sebelum dibuka kepada pengunjung pada pada 31 Mac tahun yang sama.
Société d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) merupakan badan yang bertanggunjawab menyelia menara keluli penuh terkemuka dunia itu.