Eiffel Tower bergelap beri penghormatan pada Khashoggi

Astro Awani
November 2, 2018 08:49 MYT
Jamal Khashoggi dipercayai mati dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Foto Twitter Christophe Deloire.
Eiffel Tower, menara ikonik di Paris, Perancis, bergelap pada Khamis malam sebagai satu penghormatan kepada wartawan kanan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.
Penghormatan tersebut dianjurkan kumpulan Reporters Without Borders (RSF) bagi menuntut keadilan ke atas wartawan-wartawan yang mati dibunuh di seluruh dunia.
Setiausaha Agung RSF Christophe Deloire menuntut agar keadilan dapat ditegakkan dalam kes pembunuhan tersebut.
Dalam masa sama, bekas rakan sekerjanya, Fabiola Badawi turut berharap agar kes Khashoggi akan membuka lembaran baharu kepada kes-kes seumpamanya, selain memberi perlindungan kepada semua wartawan seluruh dunia.
Khashoggi dipercayai mati dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Setakat ini, 18 individu ditahan bagi membantu penyiasatan.
#Arab Saudi #Christophe Deloire #Eiffel Tower #Istanbul #mati #Paris #Reporters Without Borders #RSF #wartawan
;