EgyptAir hilang: Pesawat terhempas ke selatan Pulau Karpathos - Sumber pihak berkuasa Greece

AFP
Mei 19, 2016 16:39 MYT
Kementerian Pertahanan Greece berkata ia telah menghantar dua pesawat mencari dan kapal ke kawasan terbabit.
Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah pada awal Khamis terhempas di lautan ke selatan Pulau Karpathos, Greece, seorang sumber pihak berkuasa penerbangan Greece memaklumkan kepada agensi berita AFP.
“Sekitar 0029 GMT (3.29 pagi waktu tempatan) sewaktu pesawat itu memasuki ruang udara Mesir, pesawat terbabit hilang dari radar... ia terhempas sekitar 130 batu nautikal ke pesisiran Pulau Karpathos,” kata sumber itu kepada AFP.
Pegawai terbabit turut berkata komunikasi terakhir antara juruterbang adalah tiga minit sebelum pesawat itu hilang dari radar, dan tiada panggilan kecemasan dilaporkan.
LAPOR LANGSUNG: Serpihan EgyptAir ditemui di Laut Mediterranean
Kementerian Pertahanan Greece berkata ia telah menghantar dua pesawat mencari dan kapal ke kawasan terbabit.
26 warga asing adalah antara 56 penumpang yang berada dalam pesawat termasuk 15 warga Perancis, seorang warga Britain dan seorang warga Kanada maklum Egyptair.
#EgyptAir #Greece #hilang #Karpathos #MS804
;