Edisi terbaru Charlie Hebdo terjual 1.9 juta naskah

AFP
Januari 17, 2015 11:29 MYT
Edisi yang dipanggil edisi 'mereka yang terselamat' itu dikatakan mengandungi gambar Nabi Muhammad yang memegang sepanduk "Je suis Charlie" di bawah perkataan "Segalanya di maafkan".
Majalah satira Perancis Charlie Hebdo telah menjual 1.9 juta keping edisi terbarunya, yang terus menerima protes dari mereka yang beragama Muslim di seluruh dunia kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad.
Walau bagaimanapun, proses pengedarannya menghadapi sedikit masalah kerana hanya 230,000 keping yang sudah sedia untuk dipasarkan minggu ini berbanding anggaran 1 juta sebelum ini.
Pengedar majalah itu MLP berkata masalah teknikal itu sudah diselesaikan dan pengedaran akan diteruskan seperti biasa.
Edisi itu adalah yang pertama selepas insiden serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 orang termasuk lima kartunis dan tiga lagi pekerja lain.
Edisi yang dipanggil edisi 'mereka yang terselamat' itu dikatakan mengandungi gambar Nabi Muhammad yang memegang sepanduk "Je suis Charlie" di bawah perkataan "Segalanya di maafkan".
Pada Rabu dan Khamis, 27,000 pengedar suratkhabar di Perancis kehabisan stok majalah itu dengan rekod penjualan sebanyak 1.2 juta keping.
Tambahan pula, beratus ribu keping telah dibeli oleh syarikat- syarikat besar, dengan Jerman merupakan pembeli terbesar dengan 55,000 keping sedia diedarkan oleh MLP.
Lebih kurang 5 juta edisi itu bakal dicetak dan akan diedarkan minggu depan.
Sebelum serangan itu penjualan majalah itu hanya 60,000 keping seminggu.
Charlie Hebdo juga telah melancarkan satu aplikasi di mana pembaca boleh memuat turun majalah itu.
#1.89 juta #Charlie Hebdo #dijual #edisi terbaru
;