Edgars Rinkevics angkat sumpah Presiden baharu Latvia

Bernama
Julai 9, 2023 12:33 MYT
Rinkevics yang telah berkhidmat sebagai menteri luar Latvia sejak 2011, dicalonkan sebagai presiden oleh parti New Unity. - Gambar fail/REUTERS
RIGA: Menteri Luar Latvia Edgars Rinkevics, mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara Baltik itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Rinkevics mengangkat sumpah jawatan di hadapan penggubal undang-undang.
Dalam ucapan pertamanya sebagai ketua negara, Rinkevics berikrar untuk mempromosikan keadilan, kedaulatan undang-undang dan masyarakat yang makmur, inklusif dan dihormati.
Rinkevics yang telah berkhidmat sebagai menteri luar Latvia sejak 2011, dicalonkan sebagai presiden oleh parti New Unity selepas presiden terdahulu Egils Levits memutuskan untuk tidak bertanding semula.
--BERNAMA-XINHUA
#Edgars Rinkevics #angkat sumpah #Presiden Latvia #New Unity
;