Duterte gesa tentera tamatkan konflik di Marawi segera

Agensi
Julai 5, 2017 14:49 MYT
Duterte turut memuji komitmen Tentera Udara Filipina yang lancarkan serangan ke atas militan di bandar itu Mei lalu. - Gambar fail
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte minta tentera kerajaan tamatkan krisis di bandar Marawi secepat mungkin.
Duterte turut memuji komitmen Tentera Udara Filipina yang lancarkan serangan ke atas militan di bandar itu Mei lalu.
Berucap ketika sambutan ulangtahun ke-70 Tentera Udara Filipina, Duterte memberitahu pasukan itu memainkan peranan kritikal dalam perang ke atas militan.
Pertempuran berterusan di Marawi menyaksikan 337 pengganas dibunuh, sementara 85 tentera kerajaan dan 39 penduduk awam terbunuh.
Seramai 1, 717 lagi penduduk berjaya diselamatkan.
#Filipina #kerajaan #militan #pengganas #Rodrigo Duterte
;