Duta AS ke PBB Nikki Haley letak jawatan

Sinar Harian
Oktober 9, 2018 15:24 MYT
Duta AS ke PBB, Nikki Haley dilaporkan telah meletak jawatan. - Gambar fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan menerima peletakan jawatan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, lapor media tempatan hari ini.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders berkata, Trump dan Haley dijadualkan bertemu di Pejabat Oval, dan Presiden Trump turut menulis di Twitter bahawa beliau akan membuat 'pengumuman penting bersama rakan saya, Nikki Haley.'
Berita tersebut dilaporkan media AS , namun setakat ini, tiada sebab dinyatakan bagi peletakan jawatan Haley yang menjadi utusan Trump ke PBB sejak Januari tahun lalu. - AFP
#Duta AS ke PBB #Nikki Haley #PBB #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #Presiden Amerika Syarikat #Sarah Sanders