Duta Besar EU di Sudan diserang dalam pergolakan di Sudan

Agensi
April 17, 2023 21:01 MYT
Gambar yang dirakamkan menunjukkan kebakaran yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sudan pada Isnin ketika konflik di negara itu masih belum menunjukkan tanda-tanda reda. - Gambar REUTERS
KHARTOUM, SUDAN: Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Sudan telah diserang di kediamannya di Khartoum, kata diplomat tertinggi blok berkenaan, Josep Borrell.
Menurut laporan portal berita antarabangsa BBC, Borrell bagaimanapun, tidak memberi penjelasan lanjut berhubung serangan tersebut atau sama ada duta tersebut mengalami kecederaan.
“Keselamatan premis serta kakitangan diplomatik merupakan tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Borrell lagi.

A few hours ago, the EU Ambassador in #Sudan was assaulted in his own residency. This constitues a gross violation of the Vienna Convention. Security of diplomatic premises and staff is a primary responsibility of Sudanese authorities and an obligation under international law.

— Josep Borrell Fontelles (@JosepBorrellF) April 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun Borrell tidak menyebut nama, namun, Duta Besar EU untuk Sudan ialah Aidan O'Hara iaitu seorang diplomat dari Ireland.
BBC juga memaklumkan telah menghubungi pejabat O'Hara bagi mendapatkan pengesahan.
Pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di Sudan sejak Sabtu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa.
Konflik yang tercetus itu juga menyebabkan lebih 1,800 orang cedera.
Kedua belah pihak mendakwa menguasai beberapa kawasan di Khartoum yang menjadi tempat perlindungan orang awam daripada ledakan bom.
#Sudan #konflik di Sudan #Duta EU diserang #Duta Kesatuan Eropah