Dunia tidak bersedia hadapi wabak H7N9 - WHO
Astro Awani
Mei 22, 2013 10:47 MYT
Mei 22, 2013 10:47 MYT
Dunia masih belum bersedia untuk berdepan dengan wabak virus secara besar-besaran, termasuk serangan virus H7N9, Timbalan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan amaran.
Dalam mesyuarat WHO di Geneva, Keiji Fukuda berkata kepada delegasi bahawa walaupun usaha telah diambil sejak wabak selesema burung (H1N1) dalam 2009-10, namun perancangan luar jangkaan juga adalah penting.
"Walaupun usaha telah dilakukan sejak itu, dunia masih belum bersedia menghadapi serangan wabak pada skala besar-besaran," kata Fukuda.
Sistem tindak balas pantas adalah amat penting, memandangkan usaha pihak berkuasa kesihatan akan terbantut kerana kekurangan pengetahuan mengenai penyakit itu, beliau menegaskan.
“Apabila seseorang dijangkiti dengan wabak yang baru, anda tidak boleh bertindak dengan hanya membaca hasil penyelidikan mengenainya, "katanya.
Menurut data rasmi terkini, selesema burung H7N9 telah menjangkiti 130 mangsa di China serta meragut 35 nyawa, sejak ia dikesan buat pertama kali pada bulan Mac.
H7N9 adalah salah satu daripada pelbagai virus selesema merbahaya yang dibawa oleh burung.
Pakar sedang berusaha untuk memahami bagaimana ia boleh merebak kepada orang ramai.
"Mana-mana virus influenza baru yang menjangkiti manusia mempunyai potensi untuk menjadi satu ancaman kesihatan global," ketua WHO Margaret Chan berkata dalam mesyuarat itu.
"Virus yang membingungkan ini, dikelilingi oleh misteri," katanya.
Reaksi pantas China terhadap wabak itu untuk mengawal pemasaran ayam, turut dipuji.