Mata seluruh dunia hanya menumpukan perhatian mereka menantikan kematian yang menunggu kanak-kanak Syria ini.

Bana Alabed, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bersama ibunya merakamkan detik-detik akhir hayat mereka di timur Aleppo menggunakan akaun Twitter yang diuruskan ibu.

Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh mata dan hati seluruh dunia. Melihat. Menanti. Tanpa melakukan apa-apa.

Tweet terbaru beliau memberikan tanggapan akan nasibnya yang tidak menentu, sama ada akan terus hidup atau mati.


Tweet berkenaan sehingga berita ini ditulis menerima lebih 7000 RT dan lebih 5000 likes.

Beberapa siri tweet sebelum ini juga turut menyertakan perkataan "Final message" yang bermakna mesej terakhir.





Sampai bila harus dunia menanti? Adakah kita akan terus menanti berakhirnya hayat kanak-kanak yang tidak berdosa ini menjadi jasad tidak bernyawa?