Dunia catat suhu terpanas pada Isnin, 3 Julai lalu
Astro Awani
Julai 5, 2023 08:15 MYT
Julai 5, 2023 08:15 MYT
DUNIA mencatatkan hari paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia pada Isnin lalu, 3 Julai.
Menurut data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), purata suhu global mencecah 17.01 darjah Celsius.
Ia melepasi rekod pada Ogos 2016 iaitu 16.92 darjah Celsius ketika gelombang panas melanda seluruh dunia.
Amerika Selatan menerima impak besar dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Manakala di China, gelombang haba berterusan dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.
Afrika utara pula menyaksikan suhu hampir 50 darjah Celsius.
Malah Antartika pada musim sejuknya mencatatkan suhu tinggi yang tidak normal.
Amerika Selatan telah menderita di bawah kubah haba yang sengit dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Pangkalan Penyelidikan Vernadsky Ukraine di kepulauan Argentina di benua putih baru-baru ini memecahkan rekod suhu Julai dengan 8.7 darjah Celsius.
Para saintis berkata perubahan iklim, digabungkan dengan corak El Nino yang muncul menjadi faktor utama kenaikan suhu.