Dubai laksana hukum penjara 3 tahun, denda jika tidak pakai topeng muka

Agensi
Mei 18, 2020 23:37 MYT
Kegagalan memakai penutup muka dan hidung ketika berada di tempat awam juga boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga RM240,000. - Gambar fail/REUTERS
Qatar pada Ahad melaksanakan hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan tidak memakai topeng muka di khalayak umum, dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
Selain itu, kegagalan memakai penutup muka dan hidung ketika berada di tempat awam juga boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga RM240,000.
Dengan lebih 32,000 daripada 2.75 juta penduduknya disahkan positif COVID-19, negara Teluk yang kecil itu adalah antara negara yang paling teruk terjejas, walaupun hanya mencatatkan 15 kematian setakat ini.
Menurut pihak berkuasa, pemandu yang berseorangan dalam kenderaan dikecualikan daripada peraturan memakai topeng muka.
Minggu lalu, Arab Saudi mengumumkan perintah berkurung 24 jam sepanjang cuti lima hari sempena sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.
Masjid, sekolah, pusat beli-belah dan restoran masih ditutup di Qatar tetapi sektor pembinaan membabitkan persediaan negara itu menganjurkan Piala Dunia 2022 dibenarkan beroperasi dengan pematuhan penjarakan sosial yang ketat.
#COVID-19 #Dubai #penutup hidung dan mulut #Qatar #topeng muka
;