LONDON: Dua wanita akan didakwa kerana melakukan jenayah kerosakan selepas insiden sekumpulan penunjuk perasaan membaling sup pada lukisan Vincent van Gogh "Sunflowers" di Galeri Nasional London, kata polis Britain pada Sabtu.
Insiden itu membabitkan kumpulan aktivis alam sekitar, Just Stop Oil, yang mengadakan protes sejak dua minggu lalu di ibu negara Britain, di mana dua aktivisnya melemparkan tin sup tomato Heinz ke arah lukisan itu, satu daripada lima versi yang dipamerkan di muzium dan galeri di seluruh dunia.
Galeri tersebut dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu menyebabkan kerosakan kecil pada bingkai tetapi lukisan itu tidak terjejas. Selepas diperiksa, ia kemudian telah dibawa keluar untuk dipamerkan semula.
Dua wanita berkenaan, berusia 21 dan 20 tahun, akan hadir di Mahkamah Majistret Westminster dan akan didakwa dengan pertuduhan sengaja menyebabkan kerosakan pada bingkai lukisan van Gogh.
Seorang lagi aktivis juga akan hadir di mahkamah atas pertuduhan merosakkan papan tanda di luar ibu pejabat polis New Scotland Yard, di tengah London.
Polis berkata secara keseluruhan 28 orang telah ditahan semasa protes pada hari Jumaat.
Agensi
Sat Oct 15 2022
Dua wanita akan didakwa kerana melakukan jenayah kerosakan selepas insiden sekumpulan penunjuk perasaan membaling sup pada lukisan Vincent van Gogh "Sunflowers" di Galeri Nasional London. - Foto REUTERS
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Sudah terlalu usang, lukisan bunga matahari Van Gogh tidak lagi dibenar jelajah dunia
Lukisan bernilai tinggi itu yang berisiko mengalami kerosakan, bakal kembali disimpan di Amsterdam.