Dua tugu era kolonial Perancis diconteng grafiti

Agensi
Jun 22, 2020 21:55 MYT
Salah satu patung tersebut adalah Hubert Lyautey yang terletak berhampiran Monumen Invalides yang menempatkan makam Napoleon. - Foto AP
Dua tugu era kolonial Perancis diconteng grafiti dan disimbah cat merah di sebalik gerakan global untuk menjatuhkan monumen tokoh berkaitan dengan penjajahan itu.
Salah satu patung tersebut adalah Hubert Lyautey yang terletak berhampiran Monumen Invalides yang menempatkan kubur Napoleon.
Lyautey berkhidmat di Maghribi, Algeria, Madagascar dan Indochina ketika berada di bawah kawalan Perancis, dan kemudiannya menjadi Menteri Perang Perancis semasa Perang Dunia Pertama.
Monumen tokoh lain yang disasarkan adalah Voltaire, seorang pemikir dan penulis terkemuka French Enlightenment, yang berhutang sebahagian daripada kekayaannya pada perdagangan era kolonial.
Tindakan oleh pihak yang memprotes itu seiring tuntutan yang semakin meningkat oleh aktivis anti-rasisme di beberapa negara bagi menumbangkan monumen tokoh sejarah terkemuka yang berperanan dalam perdagangan hamba atau penjajahan.
#Algeria #Hubert Lyautey #Indochina #Madagascar #Maghribi #Napoleon #Perancis #tugu era kolonial Perancis
;