Dua terbunuh selepas jet latihan tentera terhempas - PM Bulgaria
Bernama
September 13, 2024 06:30 MYT
September 13, 2024 06:30 MYT
SOFIA: Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat, kata Perdana Menteri Dimitar Glavchev, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Pertahanan negara, pesawat latihan tempur L-39ZA terhempas semasa persiapan untuk pertunjukan udara yang dijangka diadakan pada Sabtu di Pangkalan Penerbangan ke-3 berhampiran Bandar Plovdiv.
Ia berkata bahawa langkah telah diambil untuk memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh kejadian itu, dan pertunjukan udara itu telah dibatalkan.
-- BERNAMA