Dua terbunuh, satu cedera dalam kejadian tembakan di Maktab Tentera Diraja Thailand
Bernama
September 14, 2022 23:16 MYT
September 14, 2022 23:16 MYT
BANGKOK: Dua anggota tentera maut manakala seorang cedera selepas ditembak dalam kejadian di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok, hari ini.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Jurucakap Tentera Kolonel Sirichan Ngathong berkata dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi (waktu tempatan) itu, Sarjan Mejar Yongyut Mungkornkim, 59, seorang kerani di maktab itu masuk ke pejabat pentadbiran dan menembak tiga individu.
"Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Sirichan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental.
Suspek melarikan diri, bagaimanapun, dia ditahan kira-kira 10 pagi.
Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Nopparat Intarasunthorn dan Sarjan Mejar Prakarn Sinsong manakala Sarjan Mejar Youngyuth Panyanuwat mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital.
-- BERNAMA
#kejadian tembakan
#Maktab Tentera Diraja Thailand
#Dusit
#Bangkok
#Sarjan Mejar Yongyut Mungkornkim