Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis

Agensi
Oktober 29, 2020 19:17 MYT
Polis mengesahkan, setakat ini dua orang awam maut dalam serangan terbabit, sementara beberapa lagi individu mengalami kecederaan. - Foto REUTERS
NICE: Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Menurut pihak polis negara itu, kejadian tersebut berlaku ketika seorang individu yang bersenjatakan pisau meluru ke gereja tersebut sebelum bertindak menyerang orang awam yang berada di situ.
Polis mengesahkan, setakat ini dua orang awam maut dalam serangan terbabit, sementara beberapa lagi individu mengalami kecederaan.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya bagaimanapun berjaya ditangkap sejurus kejadian tersebut dan kini berada di hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika proses penangkapan.
Pihak berkuasa Perancis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes keganasan.
Polis juga menesyaki kejadian itu bermungkinan ada hubung kait dengan kemarahan yang timbul susulan isu penghinaan karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo.
Setakat ini polis mengesahkan suspek berkenaan bertindak melakukan serangan itu secara berseorangan.
Bagaimanapun siasatan terperinci berkenaan motif sebenarnya masih lagi dalam siasatan.
#Charlie Hebdo #Islam #karikatur #Nabi Muhammad SAW #isu penghinaan #keganasan #Nice #Perancis
;