Dua terbunuh dalam letupan kilang coklat di Pennsylvania

Bernama
Mac 25, 2023 14:04 MYT
Asap tebal kelihatan susulan letupan di kilang RM Palmer Co di West Reading, Pennsylvania, 24 Mac 2023. (Foto AP)
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam letupan dan kebakaran di sebuah kilang coklat di Pennsylvania Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira 5 petang waktu tempatan pada Jumaat (21:00 GMT), memusnahkan sebahagian daripada kilang coklat R.M. Palmer Company di West Reading, Berks County, lapor The New York Times memetik kenyatan polis West Reading.
WPVI-TV melaporkan dua orang maut dan tujuh lagi hilang. Sekurang-kurangnya enam orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.
Letupan berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA
#Pennsylvania #letupan #kilang coklat #kebocoran gas
;